BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 1, 2012

My story as student Nurse 1~

Aku : pak cik , saya nak blik dh ni. Esok saya cuti tau.
Pak cik wat muka sedih.
pak cik : cuti smpai bile?
aku : ala pak cik ari isnin sy dtg la lgi.
Ank pak cik : kamu ni nurse pelatih ke?
Aku : ye, sy bru sem 3.
Ank pak cik : tapi kamu gya dh mcm staffnurse. Kekalkanlah perwatakkan awak yang ceria tu. Pesakit mesti suka awak jaga diorang.


Hehe... sgt2 tak sangka sesuatu yg bukan minat aku telah menjadi sesuatu yang sangat menarik di pandangan mata orang laen.
Ada patient yg cakap kat ak, "kalau ada 10 jururawat mcm kamu, patient akan cepat sihat..."
sekarang baru aku tahu macam mana rasanya di hargai.
Setiap perkara yang berlaku akan membuatkan kita semakin matang.
Begitu juga apa yang belaku pada aku, setiap apa yang belaku pada aku semester lepas sangat membuat aku lebih berjaga-jaga dalam melakukan kerja aku semester ini.
Setiap kesalahan yang aku lakukan sememangnya aku akan ingat dan tidak akan aku lakukan lagi.
Oleh kerana itu, aku sekarang telah menjadi seorang jururawat pelatih yang lebih baik.
Sepanjang semester ini kami sering mendengar pujian dari staff wad yang menyatakan kami lebih baik dari pelajar kolej lain yag lebih senior dari kami.
Tambah pulak ada relative patient yang suka aku jaga ayah diorang.
Ia membuatkan aku rasa bangga menjadi seorang jururawat.
Mana tak nya, orang beri kepercayaan kepada kita.
Pesakit tu plak ikut je apa yang aku arahkan.
Siap ada yang cakap nak amik aku jadi private nurse diorang.
Speechless aku waktu tu.
Sangat-sangat tak sangka aku yang asalnya tak ada pilihan dan dapat jadi jururawat je, tapi aku semakin sukakan kerjaya ni sekarang. hehe...

0 comments: